BAHAN-BAHAN :
2 kilo kepah
Sedikit air
1 sudu sos tiram
Sedikit air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa
gula secukup rasa
Bahan di kisar halus :
5 biji cili merah(clil giling pun boleh)
4 biji bawang merah
3 biji ulas putih
2 cm halia
2 cm lengkuas(jika suka)
2 cm belacan yg telah dibakar
3 batang serai
* Kalau nak pedas tambah la beberapa biji cili api .
CARA MEMASAK :
- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar dan kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan sos tiram serta air asam jawa dan kacau kemudian masukkan semua kepah yang sudah dibersihkan dulu.Kacau semua bahan sehingga rata dan rasa dulu garamnya jika kurang masin baru la ditambah garam . Jika kurang kuah tambah la sedikit air ikut pada citarasa kita Kepah akan terbuka bila dah masak dan cengkerangnya akan bertukar warna .
ketika dihidangkan boleh lah dihias atau ditabur dgn daun sup .
selamat menjamu selera...
ketika dihidangkan boleh lah dihias atau ditabur dgn daun sup .
selamat menjamu selera...
No comments:
Post a Comment