Kek Gula Hangus kak yan recipes
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas ..hati2 sikit tau! nanti meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali… Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.
4 biji telor
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat – Mix hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.
lapikkan dulang dibawahnya … Alhamdulillah, tak payah test2… garenti jadik punya…
(Cara masak gula hangus)
step 1 – masukkan gula dlm periuk atau kuali dan panaskan dengan api kecil
step 2 – bila gula dah cair dan agak kecoklatan, then bolehlah masukkan air panas skit demi skit
step 3 – masukkan butter/marjerin ke dlm gula tadi dan biarkan butter cair….dah cair bolehlah tutup api dan ketepikans
sekarang, kita nak bancuh adunan plak.
step 1 – pukul telur hingga kembang
step 2 – masukkan susu pekat ke dalam telur dan pukul sebati
step 3 – curahkan kesemua adunan tadi ke dlm blender dan putar.
step 4 – masukkan tepung skit demi skit dan putar lagi..kemudian curahkan gula hangus tadi dan putar lagi..
step 5 – peramkan selama 3 jam, kita boleh nampak adunan tadi mulai berubah kaler agak gelap.
step 6 – dah cukup peram, masukkan dalam loyang dan kacau sedikit supaya tepung tadi tak mendap dan bolehlah dibakar denmenggunakan api bawah dulu,dah nak masak guna api atas saje.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
No comments:
Post a Comment