Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KARIPAP (CURRY PUFF)


Bahan-bahan ( 6-8 orang makan )

  • Bahan Doh:
  • 。 500g tepung gandum
  • 。 4 sudu besar marjerin / butter (dipanaskan)
  • 。 4 sudu besar minyak masak (dipanaskan)
  • 。 8 sudu besar air
  • 。 2 cubit garam
  • 。 1 biji telur
  • Bahan Inti:
  • 。 2 cawan daging / ayam (cincang halus atau beli je daging kisar)
  • 。 3-4 biji ubi kentang dipotong dadu 1cmX1cm (bergantung kepada saiz. karipap ni tak banyak kentang. daging / ayam yang lebih)
  • 。 sedikit lobak merah (jika suka)
  • 。 sedikit daun sup (dikerat halus) dan daun bawang / kucai (dikerat 1 inci panjang)
  • 。 3-4 biji cili api dicincang halus (jika mahu pedas)
  • 。 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 。 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 。 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 。  garam secukup rasa
  • 。  air secukupnya

Cara-cara

  1. masukkan kesemua bahan doh ke dalam home bakery / breadmaker. atau uli dengan tangan sehingga doh mudah dicanai dan dikelim.
  2. rebus daging bersama rempah sehingga masak (masukkan air sehingga daging tenggelam. air jangan banyak supaya mudah kering).
  3. masukkan ubi kentang dan bahan-bahan inti yang lain. masak sehingga kering dan dibiarkan sejuk.
  4. setelah inti sejuk, bolehlah doh dicanai, diletakkan inti dan dikelim. goreng dalam minyak terendam yang kurang panas sehingga kekuningan.
  5. pastikan api dapur perlahan dan minyak tidak begitu panas untuk mendapatkan kulit karipap yang tidak menggerutu.

No comments:

Post a Comment