Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ROLL SOUSAGE DELIGHT

sebelum di goreng


selepas digoreng

Bahan-Bahannya:-
8 keping roti sandwich Gardenia (brand lain pun ok)
8 batang sosej ayam, celur 5 minit, angkat dan toskan
2 biji telur
1/2 camca teh serbuk lada sulah
2 camca besar bijan
1 camca besar tepung gandum*
Sedikit air*(*disatukan hingga menjadi pes pekat)
Minyak untuk menggoreng

Bahan Sos:-
2 camca besar mayonise
1 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
1 ulas bawang putih, cincang halus
10 biji jeruk capers, dicincang halus

Cara membuatnya:-

UNTUK ROLL SOUSAGE:- Leperkan setiap keping roti dengan torak (alat penggelek pastri) hingga leper. Ketepikan.
Ambil sebatang sosej, letak dibahagian pangkal roti dan gulung hingga ke hujung, sapu degan pes tepung sebagai gam dan lekatkan roti tadi. Buat hingga habis.
Dalam satu bekas, pecahkan telur, campur serbuk lada sulah dan kacau hingga rata. Celup roti gulung tadi dan golekkan dgn sedikit bijan. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Goreng gunakan api sederhana. Potong ikut suka dan hidangkan bersama "sos unik".
SOS UNIK:- Satukan semua bahan2 untuk sos dan kacau hingga rata dan sebati. Hidangkan bersama roll sosej tadi..cuba ye,jgn tak cuba..

No comments:

Post a Comment