Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RESEPI KOLEH KACANG HIJAU LAZAT





Bahan-bahan:

300g kacang hijau - rendam sekurang-kurangnya 2 jam
4 cawan air
3 cawan santan pekat
450g gula Melaka - potong kecil-kecil
1/2 cawan air
2 shelai daun panda
tahi minyak untuk taburan


Cara Penyediaan:

Basuh kacang hijau dan masukkan ke dalam periuk tekanan tinggi atau periuk bertutup bersama 4 cawan air. Masak selama 20 minit atau sehingga kacang kembang dan lembut.

Pindahkan kacang hijau yang telah masak ke dalam pengisar (blender) bersama santan. Kisar hingga halus. Tambah sedikit santan jika blender sukar untuk berfungsi.

Cairkan gula melaka bersama 1/2 cawan air di atas api sambil dikacau. Kemudian tapis ke dalam blender. Kacau hingga mesra.

Tuangkan adunan ke dalam kuali bersama daun pandan. Kacau atas api sederhana dengan senduk kayu supaya tiada kerak terhasil. Masak hingga pekat dan kental. Setlah masak, keluarkan daun pandan.

Sendukkan adunan ke dalam loyang petak 18cm x 27cm dan ratakan bahagian atas semasa masih panas. Taburkan tahi minyak. Biarkan sejuk sebelum potong.


.:Penyediaan Tahi Minyak:.

Anda perlukan:
1 cawan santan pekat

Cara penyediaan:
Masukkan santan ke dalam kuali dan kacau atas api kecil dengan senduk kayu sehingga kental dan berminyak anggaran selama 35 minit. Tutup api dan toskan minyak.

No comments:

Post a Comment