Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KUIH BAKAR BERLAUK



Bahan-Bahan
  • 400 ml santan kotak KARA
  • 350 ml air
  • 300 gm tepung gandum
  • 6 biji telur (saiz besar)
  • garam secukup rasa

Cara:

  • Satukan semua bahan dan tapis. Boleh dibubuh sedikit pewarna kuning jika mahu.

Untuk Intinya:

  • 300 gm daging kisar
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 hiris halia
  • sedikit rempah kari daging
  • secubit garam
  • 1 sudu makan minyak masak utk menumis

Cara:

  • Gaulkan semua bahan. Panaskan minyak dan tumis daging tadi hingga masak. Ketepikan.

Untuk Hiasan

  • secukup cili merah (dihiris),
  • secukup daun saderi (sup)

Cara Membuat Kuih Bakar Berlauk:

  • Panaskan acuan kuih bakar di atas dapur. Oleskan dgn sedikit minyak. Kemudian, tuangkan adunan tepung tadi dan tutup sebentar. Kemudian taburkan daging, daun saderi dan hirisan cili merah. Tutup dan biarkan kuih masak.
OK..DAH SIAP UNTUK MINUM PETANG..

No comments:

Post a Comment